Foto arkib Selangorkini
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tulis khutbah kreatif, peluang menang hadiah keseluruhan RM9,000

SHAH ALAM, 12 JULAI: Orang ramai berpeluang meraih hadiah keseluruhan RM9,000 menerusi pertandingan menulis khutbah kreatif anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Menurut agensi, penyertaan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam berusia 18 tahun ke atas dengan penulisan bertemakan hak pengguna, pemuliharaan alam sekitar dan ummah sejahtera.

“Peserta perlu mendaftar sebagai penulis di www.evokhutbah.jais.gov.my serta tulis dan hantar khutbah melalui sistem dalam talian penulisan khutbah,” katanya.

Tempat pertama bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1,500) manakala lima pemenang sagu hati (RM500).

Tarikh tutup penyertaan pada 15 September.


Pengarang :