SHAH ALAM, 23 JULAI: Selangor FC mengalahkan pasukan tuan rumah, Sabah FC 2 – 0 dalam perlawanan suku akhir Piala FA 2022 di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.
Dengan kemenangan itu, pasukan Gergasi Merah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner memperoleh gol pertama menerusi penyerang import, Hyuri Henrique pada awal perlawanan.
Selangor FC mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua hasil jaringan Herlison Caion (mint ke-81).