Kakitangan Yayasan Hijrah Selangor mengangkat Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Jubli Perak Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 27 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Warga Hijrah Selangor lafaz, tandatangani ikrar bebas rasuah

SHAH ALAM, 27 JULAI: Seramai 230 kakitangan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) melafaz dan menandatangi program ikrar bebas rasuah (IBR) bagi memastikan integriti terus terjamin ketika menjalankan tugas.

Inisiatif bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor itu merupakan ikrar kedua selepas dilakukan kali pertama pada April 2019.

Simbolik program disempurnakan Pengarah Eksekutifnya Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor bersama Pengarah SPRM negeri Datuk Alias Salim disaksikan EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail.

Sementara itu, Suparadi berkata program berkenaan membantu warga Hijrah melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah.

“Semua warga diajar memahami akta berkaitan rasuah. Diharap usaha ini mendorong warg kerja terus amanah dan tidak perlu dipantau setiap masa,” katanya ketika berucap.

Pada Ogos 2019, Kerajaan Selangor diketuai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengetuai barisan penjawat awam melafazkan dan menandatangani IBR sebagai komitmen membenteras gejala itu.


Pengarang :