Pengurus Kanan Pendidikan Yayasan Selangor Zahura Zakry (dua, kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pelajar tajaannya yang terkesan dalam musibah kebakaran di Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Klang pada 7 Julai 2022. Foto ihsan Yayasan Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Yayasan Selangor sumbang tunai bantu baik pulih asrama terbakar

SHAH ALAM, 8 JULAI: Yayasan Selangor menyumbang RM1,000 kepada Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Klang susulan kebakaran asrama lelaki tiga bulan lalu.

Turut menerima bantuan ialah tiga pelajar tajaan yayasan yang terkesan dalam musibah itu dengan setiap seorang menerima RM500 bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Yayasan Selangor menzahirkan rasa simpati kepada pihak sekolah atas musibah kebakaran
yang menimpa dan berusaha membantu meringankan beban,” katanya dalam kenyataan.

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Kanan Pendidikan Yayasan Selangor Zahura Zakry kepada Pengetua Mohamad Rahman Sulaiman dalam satu majlis semalam.

Pada 24 April lalu, tingkat tiga asrama lelaki sekolah berkenaan terbakar dan memusnahkan 70 peratus bangunan. Tiada kecederaan dilaporkan kerana pelajar sedang menunaikan tarawih ketika itu.

Sekolah terbabit ditaja Yayasan Selangor melalui Program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak 2008 membabitkan 40 pelajar.

 


Pengarang :