Zakat Selangor menyerahkan bantuan kecemasan kepada sebuah keluarga yang hilang punca pendapatan. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Zakat Selangor bantu keluarga hilang sumber pendapatan di Klang

SHAH ALAM, 27 JULAI: Lembaga Zakat Selangor semalam membantu sebuah keluarga yang terputus perbelanjaan berikutan ketua keluarganya kehilangan pekerjaan.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan pihaknya menerima maklumat daripada Pejabat Kesihatan daerah Klang mengenai keluarga tersebut.

“Daripada maklumat yang diperolehi, suaminya bekerja namun tidak dibayar gaji oleh majikan manakala isteri pula sedang berpantang melahirkan anak kedua.

“Kami hadir dengan menyerahkan bantuan kecemasan dan juga bantuan makanan. Suami turut memaklumkan mendapatkan kerja di Negeri Sembilan dan memulakan tugas baharu minggu hadapan,” maklumnya.

Zakat Selangor turut mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat dan ia akan disampaikan kepada mereka yang memerlukan.


Pengarang :