Wakil Lembaga Zakat Selangor menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Bukit Bangkong, Sepang. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

Zakat Selangor bantu mangsa kebakaran, peniaga kecil

SHAH ALAM, 22 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bukit Bangkong, Sepang.

Menerusi perkongsian di Facebook, LZS memaklumkan kejadian itu membabitkan tiga buah keluarga dan seorang warga emas.

“Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang semalam itu mengakibatkan kediaman mangsa musnah, namun tiada penghuni yang cedera.

“Justeru, LZS menziarahi mangsa dan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Sementara itu, LZS turut membantu meringankan beban wanita yang hanya dikenali sebagai Mazlina, yang mencari rezeki dengan berniaga di jalanan.

Mazlina yang berkerusi roda dengan bantuan tuan rumahnya, menjual ‘baby’ nenas di beberapa lokasi seperti pasar pagi di Bandar Baru Bangi, Nilai 3 dan DownTown Jalan Reko sebagai sumber pendapatan.

“Hasil berniaga inilah saya buat bayar sewa bilik RM300 sebulan, makan dan minum,” katanya.

Menurut LZS, Mazlina sudah didaftarkan sebagai asnaf fakir dan akan menerima bantuan sewa bilik, selain bantuan kewangan dan makanan bulanan.


Pengarang :