Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini (tengah) bersama wakil syarikat korporat selepas majlis iftar dan serahan zakat perniagaan di Dewan Orked, Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Shah Alam pada 26 April 2022. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI
AGENDAAGENSISELANGOR

Zakat Selangor lanjut permohonan tajaan pendidikan hingga 14 Julai

SHAH ALAM, 1 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melanjutkan permohonan tajaan pendidikan dermasiswa ke Mesir dan Jordan hingga 14 Julai depan.

Justeru, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dipelawa memohon dermasiswa berkenaan.

Antara syarat kelayakan adalah pemohon sudah mengemukakan permohonan untuk menyambung pelajaran ke Timur Tengah melalui Kementerian Pengajian Tinggi.

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://epengajiantinggi.jais.gov.my

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh mengunjungi Unit Pengajian Tinggi dan Sepanjang Hayat Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor atau hubungi talian 03-55143400 atau Whatsapp ke 010-3437054.


Pengarang :