Air Selangor membuat hebahan menyeru penduduk negeri ini memohon Skim Air Darul Ehsan bagi mendapatkan air percuma. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

100,000 lagi akaun pengguna bakal nikmati air percuma

SHAH ALAM, 30 OGOS: Dianggarkan 100,000 lagi akaun pengguna bakal menikmati skim air percuma 20 meter padu dengan kos lebih RM30 juta dibayar sepenuhnya Kerajaan Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tambahan itu berikutan had minimum pendapatan yang layak menerima manfaat tersebut dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM5,000.

“Mulai Oktober kita akan mula pendaftaran baharu kerana skim sebelum ini had kelayakan pendapatan RM4,000 ke bawah, kita naikkan RM5,000 ke bawah supaya lebih ramai dapat air percuma,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.

Ketika ini, sebanyak 237,000 akaun pengguna menikmati Skim Air Darul Ehsan dengan pendaftaran masih terbuka kepada penduduk Selangor sehingga 31 Disember 2024.

Syarat kelayakan lain meliputi pemohon mestilah warganegara Malaysia, premis kediaman jenis meter individu dan hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.

Maklumat lanjut boleh layari https://www.airselangor.com/residen…/skim-air-darul-ehsan/.

 


Pengarang :