Kakitangan KDEB Waste Management (KDEBWM) dan SME Bank bergambar bersama anak yatim di rumah anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) sempena aktiviti gotong-royong pada 6 Julai 2022. Foto KDEBWM
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

180 sukarelawan KDEBWM, SME Bank bersihkan rumah anak yatim Yide

SHAH ALAM, 11 OGOS: Seramai 180 sukarelawan KDEB Waste Management (KDEBWM) dan SME Bank turun padang membersihkan rumah anak yatim di negeri ini.

Pengarah urusan KDEBWM Ramli Mohd Tahir berkata program tanggungjawab sosial korporat itu diadakan pada 6 Ogos lalu membabitkan empat buah rumah anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

“Selain menggalakkan semangat kesukarelawanan, program ini juga selaras dengan usaha Kerajaan Selangor dan KDEBWM dalam mendukung Dasar Kebersihan Negara serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan.

“Dalam sesi gotong-royong itu pihak kami turut menyediakan kemudahan tong roro bagi kutipan sampah pukal dan menyumbang tong kitar semula bertujuan mendidik mereka melakukan aktiviti kitar semula,” katanya menerusi kenyataan.

Ramli menjelaskan pihaknya akan terus berusaha mencapai matlamat pembangunan mampan selari dengan hala tuju syarikat iaitu “Bersama Kita Menjadikan Selangor Bersih”.

Program itu membabitkan Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Kasih Harmoni dan Rumah Bakti Nur Syaheera.


Pengarang :