Orang ramai menunggu giliran untuk menerima suntikan dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Dataran Santai @ Ampang Point, Ampang pada 16 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

2,464 kes baharu, sembilan kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 22 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 turun sedikit kepada 2,464 kes semalam berbanding 2,798 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,757,752 kes dengan 38,918 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 37,408 kes menjalani kuarantin kendiri, 1,409 kes menerima rawatan di hospital, 69 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 32 kes di pusat kuarantin sementara.

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU seluruh negara sebanyak 60.8 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 18.5 peratus.

Semalam, sebanyak sembilan kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak pandemik melanda negara adalah 36,145 orang kes.


Pengarang :