Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Kajang di Dewan Sri Cempaka Saujana Impian, Kajang pada 26 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

3,045 kes baharu Covid-19, enam kematian dicatat semalam

SHAH ALAM, 15 OGOS: Sebanyak 3,045 kes baharu Covid-19 dicatat semalam, menurun berbanding 4,334 kes pada hari sebelumnya.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,735,547 dengan 43,431 daripadanya kes aktif.

Mengikut data sama, sebanyak 41,759 kes dikuarantin di rumah, 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,567 kes di hospital, 26 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 46 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Selain itu, lima kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,085.

Berikut pecahan kes mengikut negeri/wilayah:

Selangor – 1,061
Kuala Lumpur – 619
Sabah – 259
Perak – 221

Negeri Sembilan – 195
Pulau Pinang – 119
Melaka – 108
Johor – 98

Kedah – 85
Putrajaya – 63
Pahang – 54
Sarawak – 54

Terengganu – 49
Kelantan – 46
Perlis – 12
Labuan – 2


Pengarang :