Antara peserta yang berentap di Kejohanan Mobile Legends anjuran Team Selangor dan Helang Esports pada program Jelajah Selangor Penyayang di Gombak pada 31 Julai 2022. Foto Facebook Team Selangor
AGENSISELANGOR

32 pasukan berentap di kejohanan e-sukan anjuran Team Selangor

SHAH ALAM, 11 OGOS: Sebanyak 32 pasukan berentap dalam kejohanan e-sukan anjuran Team Selangor yang berlangsung di pada program Jelajah Selangor Penyayang di Gombak baru-baru ini.

Pertandingan Mobile Legends yang berlangsung di Padang Awam Batu Caves itu menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM3,000.

“Juara edisi Gombak dimenangi oleh Makan Cendol. Manakala Hydra OG dan Tier Two memenangi hadiah tempat kedua dan ketiga.

“Pasukan 5 Orang Gila, Pendekar Incgnito, Teddy Yoi Jade Tabrak dan Hero Goushi meraih tempat keempat hingga kelapan,” tulisnya di Facebook.

Menurut Team Selangor, kejohanan itu merupakan penganjuran keduanya bersama Helang Esports sempena Jelajah Selangor Penyayang 2022.

Tambahnya, pertandingan seterusnya akan diadakan di Puchong dan mengajak peminat e-sukan menyertainya.


Pengarang :