Kakitangan JPS menggunakan Jentera ekskavator milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah tekun menjalankan kerja-kerja mendalamkan Sungai Kupang di Lata Celak, Baling pada 29 Julai 2022 berikutan berlaku kejadian banjir akibat hujan lebat. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

41 mangsa banjir Baling ditempatkan di dua pusat pemindahan

ALOR SETAR, 3 OGOS: Seramai 41 mangsa banjir membabitkan 12 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling sehingga pukul 8 pagi tadi.

Ketua Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa rumah di lima kampung di daerah itu dinaiki air.

“Lima kampung yang terlibat ialah Kampung Rambong Batu, Kampung Bendang Sera, Kampung Jernang, Kampung Seratus dan Kampung Tanjung Langsat.

“Seramai 24 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Habsah manakala 17 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Tun Abdul Razak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata keadaan cuaca di Baling setakat ini mendung.

– BERNAMA


Pengarang :