Peserta yang terdiri daripada 44 usahawan Hijrah bergambar bersama sijil penyertaan selepas menjalani Program Latihan Keusahawan – Pengurusan Kewangan di De Palma Hotel Shah Alam pada 24 Ogos. Foto HIJRAH
AGENSISELANGOR

44 usahawan dari tujuh cawangan Hijrah sertai kursus urus kewangan

SHAH ALAM, 31 OGOS: Seramai 44 usahawan dari tujuh cawangan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menyertai program latihan keusahawan (PLK) di De Palma Hotel Shah Alam pada 23 dan 24 Ogos.

Agensi itu memaklumkan usahawan dari cawangan Sepang, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Kelana Jaya, Shah Alam dan Kuala Langat diberi bimbingan pengurusan kewangan bagi memantapkan lagi perniagaan mereka.

“Terima kasih kepada semua usahawan yang terlibat dan meluangkan masa bagi menambah ilmu pengetahuan berkenaan seni urus kewangan perniagaan. Selamat maju jaya buat semua,” tulis di Facebook.

Selain bimbingan pengurusan kewangan, Hijrah menerusi PLK turut menawarkan latihan keusahawanan, pengurusan ejen dan rangkaian perhubungan bagi memantapkan lagi ilmu perniagaan usahawan.

Selain menganjurkan program keusahawan, Hijrah juga melaksanakan program kompas keusahawanan yang berperanan membantu usahawan meningkatkan hasil perniagaan.

Menerusi program itu, usahawan dibimbing bagi meningkatkan potensi diri supaya mempunyai hala tuju jelas dalam perniagaan yang sedang diusahakan.

Sepanjang tempoh Januari hingga Jun, seramai 4,113 usahawan menerima pembiayaan perniagaan RM69.01 juta daripada Hijrah menerusi tujuh skim pembiayaan meliputi i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim.

 

 


Pengarang :