ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar menyampaikan barangan keperluan asas makanan kepada pemandu van sekolah semasa program serahan bakul makanan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia, Petaling Jaya pada 6 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN cadang Selangor perkenal van sekolah percuma bantu keluarga B40

SHAH ALAM, 2 OGOS: Kerajaan Selangor dicadang menawarkan perkhidmatan van sekolah percuma bagi meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.

Wakil rakyat Kota Damansara Shatiri Mansor yakin inisiatif itu boleh dilaksana susulan kejayaan negeri menyediakan perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor.

“Sudah lama kita menggunakan bas percuma, kini tiba masanya Kerajaan Negeri meneliti usaha untuk melaksanakan van sekolah percuma di Selangor.

“Perjalanan untuk van sekolah ini tidak banyak mungkin satu pagi hantar ke sekolah dan petang ambil semula anak-anak ini pulang dan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perbahasan usul Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

RS-1 yang dibentangkan Dato’ Menteri Besar pada 27 Julai lalu menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.


Pengarang :