Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 25 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

ADN Kota Damansara harap RS-1 dapat atasi isu rumah terbengkalai 

SHAH ALAM, 3 OGOS: Ahli dewan negeri Kota Damansara berharap Rancangan Selangor Pertama (RS-1) akan turut mengambil kira isu perumahan terbengkalai.

Shatiri Mansor berkata ketika ini terdapat dua projek perumahan terbengkalai di kawasannya iaitu di Kampung Bunga Raya dan Ladang Subang.

“Di Ladang Subang ada 40 keluarga terkesan dengan isu ini manakala 73 keluarga lagi di Kampung Bunga Raya terpaksa berhadapan masalah ini sejak lebih 20 tahun lalu.

“Masalah ini timbul sejak dari kerajaan sebelum kerajaan kita dan ia belum selesai hingga ke hari ini. Saya harap Kerajaan Negeri dapat pertimbangkan isu ini,” katanya pada sesi perbahasan usul Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

RS-1 yang dibentangkan Dato’ Menteri Besar pada 27 Julai lalu menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.


Pengarang :