Seramai 12 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal bersama Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Mazwan Johar (duduk, tengah) dalam diraikan dalam majlis di Bangi Resort Hotel pada 13 Ogos 2022. Foto Mazwan Johar/Media Oren
ADN SELANGOR

ADN Sungai Ramal rai 12 pelajar cemerlang SPM 2021

SHAH ALAM, 16 OGOS: Seramai 12 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal diraikan wakil rakyat Sungai Ramal, Sabtu lalu.

Pelajar terbabit adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Reko; SMK Kajang Utama; SMK Sungai Ramal; SMK Jalan 2; SMK Jalan 3 dan SMK Jalan 4.

Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal, Mazwan Johar berkata majlis itu bertujuan mengiktiraf pelajar cemerlang dalam SPM 2021 selain meraikan ibu bapa mereka.

“Seramai 12 pelajar dari beberapa buah sekolah dalam DUN Sungai Ramal menerima hadiah khas bernilai RM800 bersama ibu bapa mereka membabitkan peruntukan hampir RM10,000.

“Majlis ini bertujuan mengiktiraf mereka kerana melakar kejayaan manis dalam diari kehidupan sebelum melangkah ke fasa alam yang lebih mencabar,” katanya di Facebook.

Turut diadakan, sesi ceramah motivasi oleh penceramah motivasi dari SFA School Of Mindset, Sharifah Fadzliah Syed Taha yang berkongsi pengalaman dengan pelajar mengenai cabaran yang bakal dihadapi pada masa akan datang.


Pengarang :