Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pengulunggan sempena Kongres Nasional ke-16 KEADILAN di Ideal Convention Centre, Shah Alam pada 17 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Amirudin dilantik terajui KEADILAN Pahang

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan pelantikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang bagi penggal 2022-2025.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam muat naik di laman Facebooknya turut memaklumkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai Pengerusi MPN Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata pelantikan itu dibuat selepas berbincang dengan Ketua Cabang negeri terbabit dan mencapai persetujuan sebulat suara.

Baru-baru ini, Amirudin dilantik sebagai Pengerusi MPN Selangor.

Pengumuman itu sekali gus menyaksikan Pengerusi MPN empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak belum dilantik.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan pelantikan Pengerusi MPN bagi Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor dan Melaka.

– BERNAMA


Pengarang :