Pemandangan umum gelanggang Olimpik di Pusat Ski Alpine Nasional, Beijing, China pada 6 Februari 2022. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Arab Saudi mohon jadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia

RIYADH, 4 OGOS: Arab Saudi pada Rabu menyerahkan permohonan rasmi untuk menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-10, lapor Xinhua.

Permohonan itu dikemukakan Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi kepada Majlis Olimpik Asia, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Andai diluluskan, Arab Saudi bakal menjadi negara pertama di Asia Barat yang menganjurkan acara itu sejak pelancarannya pada 1986, selepas Jepun, China, Korea Selatan dan Kazakhstan.

Pejabat Eksekutif Majlis Olimpik Asia akan mengadakan pertemuan di Kemboja pada Oktober sebelum mengadakan Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia bagi menyemak permohonan itu.

Lebih 32 negara dan wilayah di Asia dijangka mengambil bahagian dalam temasya itu.

– BERNAMA


Pengarang :