Kawasan parkir sekitar bangunan pentadbiran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Bandar Seri Putra, Kajang pada 29 Ogos 2022 mengalami banjir kilat akibat hujan. Foto Facebook KUIS
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Banjir kilat di Kuis, pelajar dan kakitangan dinasihat berwaspada

SHAH ALAM, 29 OGOS: Pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dinasihatkan supaya berwaspada susulan banjir kilat yang melanda petang tadi.

Rektornya Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata hujan berterusan sepanjang petang tadi mengakibatkan kawasan kampus dinaiki air.

“Saya menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar seluruh warga Kuis diberikan keselamatan daripada bencana ini.

“Saya turut berharap agar seluruh pelajar dan kakitangan bertenang serta sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya menerusi Facebook.

Antara lokasi terjejas di kawasan Kuis ialah parkir bangunan pentadbiran, Masjid Al-Azhar, kediaman pelajar dan beberapa kawasan rendah.


Pengarang :