Pemandangan waktu pagi bandar raya Kuala Lumpur tanpa kenderaan ketika tinjauan pada 19 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Beberapa jalan di ibu negara ditutup, beri laluan raptai perarakan kemerdekaan

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Beberapa jalan di ibu negara ditutup mulai pukul 6.30 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi laluan kepada sesi raptai acara sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata Jalan Raja ditutup mulai pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Pada 26 hingga 29 Ogos pula bermula 6.30 pagi hingga 12 tengah hari, jalan ditutup membabitkan Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Leboh Pasar dan Jalan Sultan Hishamuddin menuju ke Dataran Merdeka,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 27 hingga 29 Ogos, raptai penuh akan diadakan dan semua laluan menghala ke Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Travers ke arah Dataran Merdeka, Jalan Damansara dari arah Lebuh raya Seremban, susur ke Jalan Travers dan Jalan Damansara dari arah Parlimen menghala ke Bangsar akan ditutup.

Selain itu sebanyak 18 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari pada 31 Ogos ini bagi memberi laluan kepada sambutan tersebut.

Jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

– BERNAMA


Pengarang :