Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat pada 28 Februari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Belanjawan 2023 dibentang lebih awal pada 7 Oktober

SHAH ALAM, 26 OGOS: Belanjawan 2023 akan dibentangkan pada 7 Oktober, tiga minggu lebih awal daripada yang dijadualkan sebelum ini, kata menteri parlimen dan undang-undang.

“Ya, memang benar. Sesi baharu akan bermula pada 3 Oktober ini sebenarnya,” kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar seperti dilapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, beliau menafikan pertukaran tarikh baharu itu ada kaitan dengan pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan tahun ini.

Terdahulu, The Star melaporkan perdana menteri memberitahu mesyuarat Kabinet hari ini mengenai tarikh baharu pembentangan Belanjawan 2023.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah memaklumkan tarikh pembentangan belanjawan kekal seperti dijadualkan dalam kalendar parlimen pada 28 Oktober.


Pengarang :