AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Black, Ernie Zakri meriahkan sambutan ambang merdeka negeri 30 Ogos

SHAH ALAM, 26 OGOS: Penyanyi terkenal Black Hanifah dan Ernie Zakri antara selebriti yang bakal memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri pada 30 Ogos.

Dijadual berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 8 malam, program turut diserikan dengan perarakan dan perbarisan, tarian pelbagai bangsa serta nyanyian koir.

Turut diadakan ialah persembahan kawad senyap dan tempur tanpa senjata, perarakan Anak Harapan Selangor, pertunjukan bunga api, persembahan tarian serta jualan makanan.

Program selawat dan munajat pimpinan Habib Ali Zaenal Abidin turut diadakan jam 4.45 petang.

Tahun ini, Selangor memilih tema Kita Selangor Teguh Bersama yang membawa maksud kebersamaan dan keberanian rakyat dalam pelbagai peringkat menghadapi cabaran.


Pengarang :