Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Kajang di Dewan Sri Cempaka Saujana Impian, Kajang pada 26 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan harian kekal paras 2,000 kes, enam kematian

SHAH ALAM, 9 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 meningkat sedikit kepada 2,863 kes semalam berbanding 2,728 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,711,415 kes dengan 43,875 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 41,996 kes menjalani kuarantin di rumah, 1,790 kes menerima rawatan di hospital, 34 kes di pusat kuarantin sementara dan 55 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara sebanyak 62.7 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 14.6 peratus.

Enam kes kematian dilaporkan semalam termasuk satu kes di luar hospital, menjadikan jumlah kematian akibat pandemik 36,032 kes.

Selain itu, tiada kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhan kekal 7,047 kluster dengan 23 daripadanya masih aktif.

 


Pengarang :