Ibu bapa membawa anak-anak beriadah di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor pada 11 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan harian naik paras 4,000 kes, tujuh kematian

SHAH ALAM, 19 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 4,071 kes semalam berbanding 3,516 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,749,000 kes dengan 42,476 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 40,826 kes menjalani kuarantin kendiri, 1,542 kes menerima rawatan di hospital, 81 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 27 kes di pusat kuarantin sementara.

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU seluruh negara sebanyak 62.5 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 21.7 peratus.

Semalam, sebanyak 7  kematian dilaporkan termasuk empat kes di luar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak pandemik melanda negara adalah 36,124 kes.


Pengarang :