Imbasan mikroskop elektron menunjukkan SARS-CoV-2 (objek biru bulat) muncul dari permukaan sel yang dikultur di makmal, yang menyebabkan Covid-19. Virus itu diasingkan dari seorang pesakit di Amerika Syarikat pada 27 Februari 2020. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes baharu naik kepada 4,684, 11 lagi terkorban

SHAH ALAM, 7 OGOS: Kes jangkitan baharu Covid-19 meningkat kepada 4,684 kes semalam, berbanding 3,927 kes kelmarin dengan 11 kematian direkodkan.

Menurut data CovidNow, hanya lima kes import dan bakinya 4,679 kes membabitkan penularan tempatan sekali gus menjadikan angka jangkitan negara ini meningkat kepada 4,705,824 kes dan 36,020 kematian.

Setakat semalam, sebanyak 46,904 kes masih aktif, termasuk 56 pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.5% atau 45,264 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 28 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19, sementara 1,556 orang atau 3.3% menerima rawatan di hospital.

Bagaimanapun, satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya 7,047 kluster, dengan 24 daripadanya masih aktif.


Pengarang :