Petugas kesihatan meletakkan sampel saringan Covid-19 ke panel khas ‘buffer tube’ untuk mengesan jangkitan virus dengan pantas menggunakan mesin analisa Standard F200 SD Biosensor ketika program Saringan Komuniti di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes baharu turun dua hari berturut, lapan lagi terkorban

SHAH ALAM, 16 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 direkodkan sebanyak 2,437 kes semalam, berbanding 3,045 kelmarin sekali gus menyaksikan angka penurunan dua hari berturut-turut.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, daripada jumlah jangkitan itu hanya enam kes membabitkan jangkitan dari luar negara sementara bakinya 2,431 dari penularan tempatan.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan meningkat kepada 4,737,984 kes.

Pada masa sama, sebanyak 8 kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,093 dan BID 7,671.


Pengarang :