Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin (tengah) ketika sidang media pelaksanaan rasionalisasi agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di Bukit Aman pada 30 Jun 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dua anggota trafik iring anak wakil rakyat BN dikenakan tatatertib

SHAH ALAM, 4 OGOS: Dua anggota trafik yang mengiringi anak lelaki ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menggunakan motosikal polis dikena tindakan tatatertib.

Menteri dalam negeri berkata tindakan dibuat selepas polis selesai meneliti rakaman video berdurasi 20 saat yang tular di media sosial sejak 7 Mei, lapor Berita Harian.

“Polis Pulau Pinang sebelum ini membuka kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggota trafik kerana mengiringi individu dipercayai anak lelaki kepada ahli parlimen BN menggunakan motosikal polis di Jalan Bukit Gambir, Georgetown.

“Polis juga sudah menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu selepas rakaman video berdurasi 20 saat tular di media sosial sejak 7 Mei 2022,” kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen.

Jelasnya, tindakan diambil mengikut Peraturan 36 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sebelum ini, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tiada arahan rasmi dikeluarkan pihaknya bagi tugasan mengiringi individu berkenaan.


Pengarang :