Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Dua daerah di Selangor, Kuala Lumpur dijangka hujan lebat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 2 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 8 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini di daerah Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur.

Situasi sama diramal di Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar dan Kinta), Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin), Lipis dan Raub), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian).

Amaran sehingga 7 malam pula adalah Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah serta Sabah (Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :