Foto arkib SelangorKini
AGENDANASIONAL

Dua remaja 15 dan 11 tahun dikhuatiri lemas mandi sungai

KUANTAN, 16 OGOS: Seorang remaja lelaki  berusia 15 tahun dan rakannya berusia 11 tahun  dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika sedang mandi di Sungai Triang berhampiran Pasar Ayam Kerayong, Bera, kira-kira 180 kilometer, dari sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.52 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa itu turut dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bukit Angin yang tiba kira-kira sejam kemudian.

“Operasi dijalankan dengan membuat pemantaun di sekitar lokasi kejadian dan tinjauan menerusi pencarian di permukaan sungai dengan menggunakan bot fiber dan bot aluminium bomba,” katanya dalam kenyataan.

Operasi yang turut disertai pasukan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia  (APM) itu ditangguhkan kira-kira jam 7 malam tadi  dan bersambung esok.

— BERNAMA

 

 


Pengarang :