ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Bukit Melawati buka kaunter bergerak, mudahkan rakyat daftar program bantuan

SHAH ALAM, 28 OGOS: Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati mengambil inisiatif membuka kaunter bergerak di pasar pagi dan malam sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata kaunter bergerak yang dibuka sehingga September itu bertujuan memudahkan orang ramai membuat pendaftaran untuk program di bawah Iltizam Selangor Penyayang.

“Setakat ini kaunter bergerak telah dibuka di Pasar Malam Bandar Baru Kuala Selangor, Pasar Petang Kg Tg Siam, Kedai Miah Corner, Kg Sepakat, Balairaya Kg Tg Siam dan  Pasar Pagi Sg Buloh Jeram.

“Kaunter dibuka selama dua jam dan mengikut giliran bergantung waktu pasar beroperasi. Selain pendaftaran program Iltizam, orang ramai juga boleh bertanya berkenaan program Kerajaan Negeri dan membantu rakyat serta menerima aduan,” katanya kepada SelangorKini.

Tambah Juwairiya, pihaknya akan membuka dua lagi kaunter bergerak di Pasar Malam Bukit Kuching dan Pasar Pagi Sasaran Sg Buloh untuk membantu masyarakat.

“Selain itu, sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kita juga mengedarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotik dan kekalkan perpaduan,” katanya.


Pengarang :