EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail menjawab soalan wakil rakyat pada sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 1 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

ECXO: Projek perumahan Taman Air Manis, Sabak Bernam capai 30 peratus

SHAH ALAM, 1 OGOS: Pelaksanaan projek perumahan Taman Air Manis, Sabak Bernam sudah mencapai 30 peratus selain kata EXCO perumahan.

Rodziah Ismail memaklumkan semua kebenaran merancang, pelan pembangunan fasa 1 dan 2, perparitan, pelan tanah dan jalan juga sudah diluluskan pihak berkuasa tempatan.

Justeru, beliau berkata dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Rizam Ismail kononnya tiada sebarang tindakan diambil terhadap projek perumahan itu adalah tidak benar.

“Kebenaran merancang telah lulus pada 31 Mei lalu dan kita saksikan 183 unit Rumah Idaman MBI jenis teres bukan strata dan pelan bangunan meliputi 54 unit Rumah Idaman telah diluluskan.

“Saya terkilan kerana jika ada yang tidak betul cakap dalam dewan, kalau salah kami terima. Kalau salah fakta perlu sedikit teguran diberikan kerana akibatnya timbul salah pandangan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sebelum ini, ketika membahas RS-1, Rizam yang juga wakil rakyat Sungai Air Tawar mempersoalkan projek perumahan Taman Air Manis yang tiada perkembangan dan hanya dijenamakan semula di bawah projek Rumah Idaman.

 


Pengarang :