Ilustrasi perbicaraan dalam mahkamah. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Edar kanabis, bekas pekerja syarikat logam dihukum gantung sampai mati

SHAH ALAM, 4 OGOS: Bekas pekerja syarikat pengeluar dan memproses logam dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar kanabis seberat 1,269.05 gram, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membuat keputusan itu terhadap Mohd Quszairy Rosli, 28, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Datuk Abdul Wahab Mohamed memaklumkan pihak pembelaan gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah imbangan kebarangkalian, lapor Berita Harian.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,269.05 gram di sebuah rumah di daerah Kemaman, jam 1.25 pagi pada 19 April 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.


Pengarang :