AGENDANASIONAL

Empat daerah Selangor diramal hujan lebat sehingga 2 petang

SHAH ALAM, 15 OGOS: Empat daerah negeri ini diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 2 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat ialah Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan penduduk sentiasa waspada dengan amaran dikeluarkan MetMalaysia dan patuh arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“Merujuk kepada maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia jam 11.10 pagi, 15 Ogos 2022 menunjukkan ribut petir di jangka berlaku di Negeri Selangor.

“Mohon kepada warga Shah Alam mengambil langkah berjaga-jaga serta sentiasa peka dan mendengar arahan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” maklum MBSA di Facebook.

 


Pengarang :