NASIONAL

Enam daerah di Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 29 OGOS: Enam daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Cuaca buruk sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :