Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Enam daerah di Selangor, Putrajaya dijangka hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 3 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 10 pagi ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta seluruh Purajaya, Pulau Pinang dan Perlis.

Situasi sama diramal di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :