Seramai 13 wanita menerima tawaran biasiswa dalam Majlis Penyampaian Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 12 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO ajak daftar persidangan wanita, manfaat peluang kongsi idea

SHAH ALAM, 18 OGOS : Persidangan Wanita Selangor (PWS) 2022 diadakan selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Ogos ini di Pusat Konvensyen MBSA di sini.

EXCO Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud mempelawa mereka yang berminat untuk mendaftar secara percuma menerusi pautan https://tinyurl.com/JemputPWS22.

“PWS bertemakan ‘Ke Arah Selangor Saksama, Sejahtera dan Inklusif’ merupakan platform perbincangan dan perkongsian idea untuk semua.

“Pelbagai topik menarik akan dikupas merangkumi sektor ekonomi, kesihatan, pendidikan, budaya seni dan pelbagai lagi,” katanya di Facebook.

PWS 2022 anjuran Wanita Berdaya Selangor itu bakal berlangsung bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang dengan kerjasama Universiti Selangor dan Open University Malaysia.


Pengarang :