Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 27 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Jawatankuasa khas pantau pelaksanaan program Rancangan Selangor

KLANG, 7 OGOS: Beberapa jawatankuasa khas ditubuhkan Kerajaan Negeri bagi memastikan kesemua program di dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) berjalan seperti yang dirancangkan.

EXCO pelaburan, perdagangan dan perindustrian berkata beberapa jawatankuasa sudah mula beroperasi sejak beberapa bulan lalu membabitkan projek berkaitan kelestarian dan kebajikan.

“Bagi jawatankuasa yang masih belum bergerak mungkin ia memerlukan pembabitan pihak swasta atau penerangan lebih lanjut.

“Jadi kita akan mengadakan ‘road show’ dan seminar bagi menerangkan lebih lanjut mengenai RS-1 ini kepada mereka,” kata Dato’ Teng Chang Khim kepada Selangorkini.

Mengulas lanjut, katanya, jawatankuasa itu diketuai beberapa EXCO yang berkaitan dengan program tertentu dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haris Kasim.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar membentangkan RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan dana RM7.16 bilion manakala baki melebihi RM80 bilion dibiayai anak syarikat serta pihak swasta.


Pengarang :