Juruteknik Prima Air Faizal Mohamad (kanan) menerangkan kepada pengunjung fungsi peralatan di dalam kapal terbang ketika Pameran Udara Selangor (SAS) 2021 di Pusat Penerbangan Serantau Skypark, Subang pada 27 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Persiapan Pameran Udara Selangor 2022 di peringkat akhir

SHAH ALAM, 25 OGOS: Persiapan penganjuran Pameran Udara Selangor 2022 (SAS 2022) yang dijadual September depan kini di peringkat akhir, kata EXCO perdagangan.

Dato’ Teng Chang Kim berkata sebanyak 90 peratus tempat bagi ruang pameran telah pun diisi oleh syarikat dari dalam dan luar negara.

“Kita masih menerima permintaan dari beberapa syarikat yang menyatakan minat untuk menyertai pameran yang bakal berlangsung bermula 8 September depan.

“Secara keseluruhan setakat ini jumlah reruai dan pesawat yang bersetuju menyertai pameran ini lebih banyak berbanding pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Compass@Kota Seri Langat di Uda Business Park di sini, hari ini.

Chang Khim berkata Itali, New Zealand dan Turki antara enam negara yang menyertai pameran tahun lalu dan jumlahnya dijangka bertambah melalui jemputan ke beberapa negara lain.

Antara syarikat yang mengesahkan penyertaan ialah Sapura Aero, Destini Avia Technique, Epic Aero, DJI Academy, Superb Access, BCS Aviation, Bibus Metals, Sirim dan International Aero Training Academy.

Edisi pertama SAS diadakan pada 25 hingga 27 November tahun lalu menarik pelaburan sehingga RM100 juta dengan 12 memorandum persefahaman (MoU) bersama subsektor industri aeroangkasa dimeterai.


Pengarang :