Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Rodziah Ismail berucap ketika program Selangor Saring DUN Batu Tiga di Dewan Heritier, Shah Alam pada 21 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Hampir 700 penduduk DUN Batu Tiga terima bantuan bulanan RM300

SHAH ALAM, 21 OGOS: Seramai 670 penduduk Dewan Undangan Negeri Batu Tiga menerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) berjumlah RM3,600 setahun untuk setiap penerima.

Wakil rakyatnya Rodziah Ismail berkata semua penerima merupakan golongan berpendapatan rendah yang memiliki ramai tanggungan termasuk anak bersekolah.

“Kita sedang memohon, jika ada lebihan berikan kepada Batu Tiga memandangkan sosio ekonomi majoriti penduduk adalah kategori sederhana dan rendah.

“Mereka perlukan bantuan ini. Kita minta mereka yang sudah memohon supaya bersabar dan berharap jumlah penerima akan bertambah,” katanya ditemui di program Selangor Saring di Seksyen 24 di sini hari ini.

Bingkas dilancarkan pada akhir Jun menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal) bakal memanfaatkan 30,000 keluarga membabitkan peruntukan RM108 juta.

Program yang merupakan sebahagian daripada 44 insentif Iltizam Selangor Penyayang itu membolehkan penerima mendapat bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan atau RM3,600 setahun.


Pengarang :