Pengunjung terlibat dalam aktiviti berbasikal dalam program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 22 Mei 2022. Foto MBSA
PBTSELANGOR

Hari tanpa kenderaan MBSJ kembali lagi Ahad ini

SHAH ALAM, 4 OGOS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengadakan Hari Tanpa Kenderaan pada Ahad ini bertempat di Jalan Persiaran Kemajuan.

Dalam perkongsian di Facebook, MBSJ berkata pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang acara berlangsung mulai jam 7 pagi hingga 11 pagi.

Antaranya kayuhan santai, larian dan jalan santai, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan makanan, pesta sarapan serta persembahan jalanan.

“Hari Tanpa Kenderaan #selamatpagisubangjaya kembali lagi menemui penduduk #SJcitycouncil pada Ahad ini.

“Ia berlangsung di Jalan Persiaran Kemajuan (berhadapan pusat membeli belah Subang Parade dan Aeon Big) bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi,” katanya.

Oleh itu, MBSJ meminta penduduk Subang Jaya untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Hari Tanpa Kenderaan berkenaan.


Pengarang :