Pengunjung melawat gerai usahawan tempatan ketika Program Jualan Pasaraya Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) Makanan dan Minuman anjuran Invest Selangor di pasaraya ST Rosyam, Shah Alam pada 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Hijrah pelawa usahawan sertai ekspo makanan, minuman Oktober ini

SHAH ALAM, 16 OGOS: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) mempelawa usahawan di negeri ini menyertai Ekspo Antarabangsa Pavilion Selangor (SIE) 2022 yang berlangsung mulai 6 hingga 9 Oktober depan.

Menurut agensi itu, program bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu diadakan dengan kerjasama Invest Selangor Berhad.

“Ekspo ini memberi tumpuan kepada segmen makanan dan minuman. Jadi proses saringan akan diadakan kepada usahawan terpilih.

“Selain itu, peserta yang terdiri daripada usahawan negeri Selangor dan agensi berkaitan turut berpeluang meneroka pasaran produk di negeri ini mahupun antarabangsa,” kongsinya di Facebook.

Katanya, usahawan yang berminat boleh membuat prapendaftaran menerusi pautan https://forms.gle/kZXhe6KvnieMxy1t6.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 September ini dan yuran komitmen sebanyak RM200 akan dikenakan kepada usahawan yang berminat.

Sementara itu, SIE 2022 adalah pameran perdagangan antarabangsa industri yang diadakan serentak dengan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor Ke-6 2022, yang turut menghimpunkan pelbagai acara industri terkemuka di bawah satu bumbung.


Pengarang :