Exco Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail bersama penerima pembiayaan skim Hijrah Selangor sempena Jelajah Selangor Penyayang 2022 di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 25 Jun 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hijrah pelawa usahawan sertai lima program latihan tingkat ilmu niaga

SHAH ALAM, 21 OGOS: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) sekali lagi mempelawa peniaga bawah seliaannya mengikuti program keusahawanan bagi memantapkan lagi ilmu perniagaan mereka.

Agensi itu di Facebook memaklumkan lima program pembangunan berkenaan meliputi latihan keusahawanan, pengurusan ejen, rangkaian perhubungan, bimbingan perniagaan dan pengurusan kewangan.

“Terdapat pelbagai program latihan dan bimbingan yang disediakan khas untuk usahawan Hijrah bagi memantapkan lagi ilmu perniagaan anda.

“Hijrahkan perniagaan anda bersama Hijrah Selangor,” katanya selain memaklumkan prapendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://docs.google.com/…/1FAIpQLSecN5Df2KRZcH…/viewform

Selain menganjurkan program keusahawan, Hijrah juga melaksanakan program kompas keusahawanan yang berperanan membantu usahawan meningkatkan hasil perniagaan.

Menerusi program itu, usahawan dibimbing bagi meningkatkan potensi diri supaya mempunyai hala tuju jelas dalam perniagaan yang sedang diusahakan.

Sejak Januari hingga Julai, seramai 4,500 usahawan menerima pembiayaan RM70 juta daripada Hijrah bagi memula dan mengembangkan perniagaan.

Pembiayaan berkenaan membabitkan tujuh skim meliputi i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim yang boleh dimohon secara dalam talian menerusi mikrokredit.selangor.gov.my


Pengarang :