Orang ramai mengunjungi reruai Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di perkarangan Stadium Shah Alam pada 19 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hijrah Selangor sasar 500 usahawan mohon pembiayaan i-Bisnes

SHAH ALAM, 19 OGOS: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menyasarkan 500 usahawan memohon pembiayaan i-Bisnes sepanjang Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Pengurus promosinya, Mohd Ridhwan Asmara berkata sasaran itu berdasarkan tempoh program iaitu selama tiga hari sehingga Ahad ini.

Eksekutif Promosi Yayasan Hijrah Selangor Mohd Ridhwan Asmara

“Setakat ini seramai 50 usahawan sudah mendaftar bagi memohon modal untuk mengembangkan aktiviti perniagaan masing-masing menerusi skim pembiayaan i-Bisnes.

“Kita jangka program yang diadakan mulai jam 9 pagi hingga 9 malam itu dapat menarik minat 500 usahawan untuk mendaftar,” katanya.

Beliau ditemui pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di perkarangan Stadium Shah Alam di sini.

Setakat April lalu, Hijrah Selangor sudah mengeluarkan dana RM965,000 menerusi skim i-Bisnes bagi manfaat 2,229 usahawan yang memperoleh pinjaman antara RM1,000 hingga RM50,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka.


Pengarang :