Pengarah Eksekutif Hijrah Selangor Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor melihat produk keluaran usahawan Hijrah Mahmud Mastam ketika Kembara Sukses Hijrah Selangor di Jalan Kebun, Shah Alam pada 8 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hijrah tawar skim Zero to Hero, bimbing orang ramai jadi usahawan

SHAH ALAM, 25 OGOS: Orang ramai yang ingin memulakan perniagaan disaran menyertai skim pembiayaan Zero To Hero anjuran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Agensi itu memaklumkan skim berkenaan membantu menerapkan latihan, pemasaran dan bimbingan berterusan oleh syarikat peneraju terpilih sepanjang tempoh pembiayaan.

“Usahawan yang berminat boleh menghubungi 20 cawangan Hijrah berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32,” katanya di Facebook, hari ini.

Selain skim Zero to Hero, Hijrah turut menawarkan enam skim pembiayaan lain seperti i-Bisnes, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim.

Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November lalu mengumumkan beberapa penambahbaikan skim pembiayaan Hijrah.

Dato’ Seri Amirudin Shari antaranya mengumumkan dana RM120 juta untuk memberikan pembiayaan kepada usahawan selain mewujudkan skim baharu yang menyediakan pinjaman sehingga RM100,000 bagi mengembangkan perniagaan.

Kerajaan Negeri turut mewujudkan skim pembiayaan i-Agro kepada 2,000 usahawan tani dengan pembiayaan maksimum RM26,000, membina Dataran Hijrah, meningkatkan pinjaman dari RM5,000 kepada RM10,000 untuk program Zero to Hero.


Pengarang :