AGENDANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir dijangka landa Lembah Klang hingga 8 malam

SHAH ALAM, 28 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga 8 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal melanda beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :