Anak-anak istimewa meluangkan masa di gerai Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) pada program Jelajah Selangor Penyayang di perkarangan Stadium Kuala Selangor, Kuala Selangor pada 2 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Institusi pendidikan, PDK dipelawa mohon bantuan didik anak istimewa

SHAH ALAM, 4 OGOS: Institusi pendidikan anak istimewa dan program pemulihan dalam komuniti (PDK) boleh memohon bantuan Didik Anis Siri ke-2 bermula Isnin lalu.

Maklumat dikongsi menerusi Facebook EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan bantuan sehingga 12 Ogos itu terbuka kepada institusi berdaftar yang menjalankan Program Intervensi Awal (EIP) untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.

Peruntukan bantuan tersebut diberikan secara sekali bayar (one-off) kepada pemohon.

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian di laman sesawang www.anisselangor.com/didikanis dengan memuat turun borang diisi dan dilampirkan bersama dokumen sokongan seperti dinyatakan.

Penghantaran dokumen tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal ke Pusat Anis, East Entrance, Lot G26-28, Tingkat G Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.


Pengarang :