Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap merasmikan Ekstival 25 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di Pusat Konvensyen Kuis, Kajang pada 13 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

IPT disaran tingkat interaksi, kongsi bidang ilmu bersama masyarakat setempat

HULU LANGAT, 14 OGOS: Institut pengajian tinggi di negeri ini disaran menganjurkan program yang memberi manfaat kepada masyarakat sekitar, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan itu dapat menghasilkan kerjasama antara pelajar dengan masyarakat sekali gus membuahkan idea terbaik untuk disalur kepada pentadbiran.

“Kerjasama ini akan melahirkan kluster atau jajaran aset penting yang baik untuk pembangunan dan kemajuan negeri. Kita mahu universiti beri kesan kepada masyarakat terutama aspek ekonomi dan pembelajaran.

“Kita juga mahu masyarakat terima impak dari bidang ilmu. Pelajar kena berinteraksi, kongsi pengalaman dengan warga setempat,” katanya ketika merasmikan Ekstival 25 Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) di sini malam tadi, yang turut dihadiri Rektor Kuis Prof Madya Dr Mohd Ravi Abdullah.

Beliau turut memuji penganjuran acara tahunan itu  yang melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk serta jawatan kuasa masjid dan surau.

Ekstival merupakan acara tahunan yang diadakan seiring penganjuran konvokesyen ke-25 Kuis bermula hari ini hingga 18 Ogos.

Antara acara diadakan ialah jualan, pameran buku, larian, pertandingan e-sukan, sukan rakyat, bacaan Al-Quran serta malam kesenian dan kebudayaan.

Kumpulan nasyid terkenal Raihan juga akan tampil membuat persembahan menghiburkan pengunjung.


Pengarang :