Jabatan Mufti Selangor muncul naib juara Liqa’ Mahabbah Jabatan Mufti SeMalaysia di Kuching, Sarawak pada 13 hingga 15 Ogos 2022. Foto Jabatan Mufti Selangor
AGENSISELANGOR

Jabatan Mufti Selangor muncul naib juara Liqa’ Mahabbah

SHAH ALAM, 22 OGOS: Jabatan Mufti Selangor meraih naib juara Liqa’ Mahabbah Jabatan Mufti SeMalaysia yang diadakan di Kuching, Sarawak pada minggu lalu.

Jabatan itu memaklumkan pihaknya berjaya memenangi beberapa pingat sepanjang program anjuran Jabatan Mufti Sarawak pada 13 hingga 15 Ogos.

“Seramai 35 atlet menyertai 11 acara dipertandingkan pada kali ini bertempat di Universiti Malaysia Sarawak.

“Jabatan Mufti Selangor merangkul beberapa pingat melalui acara bowling, merentas desa, tarik tali, pingpong, futsal dan badminton,” katanya menerusi Facebook.

Katanya, secara keseluruhan Sarawak muncul juara Liqa’ Mahabbah, diikuti Selangor dan Negeri Sembilan di tempat ketiga.

“Tahniah kepada kontinjen semua negeri dan Jabatan Mufti Sarawak sebagai penganjur kali ini,” katanya.


Pengarang :