Kontraktor lantikan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menebang pokok berusia yang sudah reput dan mati di Pantai Morib pada 23 Ogos 2022. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Jaga keselamatan pengunjung, MPKL tebang pokok reput di Pantai Morib

SHAH ALAM, 23 OGOS: Beberapa pokok berusia yang sudah reput dan mati di Pantai Morib ditebang pagi tadi demi menjaga keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berkata kerja penebangan oleh kontraktor lantikan itu juga bagi mengindahkan lagi pantai yang sering dikunjungi pelancong.

“Kerja penebangan pokok hanya akan dilakukan sekiranya usia pokok tersebut reput atau mati yang boleh mengundang bahaya akibat risiko tumbang.

“Sekiranya pokok masih stabil dan sihat maka hanya kerja cantasan sahaja yang akan dilakukan,” katanya menerusi Facebook.

MPKL turut menggalakkan orang ramai menghargai setiap pokok yang memberi sumber oksigen kepada bumi.


Pengarang :